Pilihan Penerima Wakaf
Maklumat Tambahan - eWakaf |
---|
Notis Sistem Sistem adalah untuk memudahkan semua untuk membuat pilihan dan berwakaf mengikut kemampuan setiap individu. Pembayaran eWakaf boleh dibuat secara Kad Kredit atau secara Perbankan Internet. Jika menghadapai masalah, sila hubungi en Adillah 601111634629. Kelebihan Berwakaf Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai. Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :- ï´¿ مَّثَل٠ٱلَّذÙينَ ÙŠÙÙ†ÙÙÙ‚Ùونَ أَمۡوَٲلَهÙÙ…Û¡ ÙÙÙ‰ سَبÙيل٠ٱللَّه٠كَمَثَل٠Øَبَّة٠أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابÙÙ„ÙŽ ÙÙÙ‰ ÙƒÙÙ„ÙÙ‘ سÙنۢبÙÙ„ÙŽØ©Ù Ù…ÙّاْئَةÙÙ ØَبَّةÙ۬‌ۗ وَٱللَّه٠يÙضَـٰعÙÙÙ Ù„ÙÙ…ÙŽÙ† يَشَآءÙ‌ۗ وَٱللَّه٠وَٲسÙعٌ عَلÙيمٌ ï´¾ سورة البقرة : ۲٦١ Mafhumnya :- “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahuiâ€. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :- عَنْ â€Ø£ÙŽØ¨ÙÙŠ Ù‡Ùرَيْرَةَ رَضÙÙ‰ÙŽ الله٠تَعَالى عنه â€Ø£ÙŽÙ†ÙŽÙ‘ رَسÙولَ اللَّه٠†â€ØµÙŽÙ„َّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ †â€Ù‚َالَ : †â€Ø¥Ùذَا مَاتَ ابْن٠آدَمَ انْقَطَعَ عَنْه٠عَمَلÙه٠إÙلاَّ Ù…Ùنْ ثَلاثَة٠: صَدَقَة٠جَارÙÙŠÙŽØ©Ù ØŒ اَوْعÙلْم٠يÙنْتَÙَع٠بÙÙ‡Ù ØŒ أَوْ وَلَد٠صَالÙØ٠يَدْعÙÙˆ Ù„ÙŽÙ‡Ù. †﴿ رواه مسلم ï´¾ Maksudnya :- “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. ( Hadis Riwayat Muslim ) Hikmah Berwakaf Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah: menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam. Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya. |